Rabu, 23 Mei 2012

HP dengan concept luar biasa

1. Cobalto
Model yang hampir sepenuhnya kaca nie memang mudah bagi pengguna google map kerana ia mampu menghasilkan image 3D. Smart tu.

Cobalto

2. Leaf Phone
Bestnya handphone nie ialah dia boleh dililit dimana-mana sahaja, leher, tangan atau lengan. Dengan menggunakan tenaga solar, model ini sememangnya mesra alam. Model ini dikatakan mampu memancarkan laser keyboard kepada mana-mana permukaan. So, bila korang nak guna keyboard just pancarkan je laser dan guna. Dahsyat tak?


Leaf Phone

3. Sticker Phone
Siapa-siapa yang suka hilang handphone boleh la try model nie. Kenapa? Model nie boleh dilekatkan kat cermin atau tingkap. So, tak payah tercari-cari kat meja or katil. Model nie menggunakan tenga solar, so bila korang nak charge handphone nie, lekatkan jer kat cermin. Pelik-pelik je.



Sticker Phone

4. Kambala
Model nie lebih kepada design earphone sebenarnya. Dikatakan bahagian tengah model nie boleh dikeluarkan dan dicucuk masuk kedalam telinga. Sakitnya!!! Tak ada lah sebab model nie bukannya dibuat dengan besi tetapi daripada Multilayered Polymer yang mudah membentuk.

Kambala

5. Packet Phone
Juara handphone concept di Istanbul pada tahun 2007. Nie lagi dahsyat, boleh lipat-lipat hanphone dia. Saiznya 5cm x 5cm bila dalam lipatan asal. Kecil kan? dah macam saiz paket tisu. Tapi jangan nanti korang nak buang tisu tapi terbuang hanphone. Hahaha


Packet Phone
 
6. Dial
Gelang nie sebenarnya handphone. Handphone nie juga sebenarnya gelang. Hahaha. Dengan adanya model nie, tak payah beli dah gelang emas, pakai handphone je dah smart. Tapi jangan la korang hayun tangan tu kuat-kuat, karang calar pulak handphone tu. Agak-agak boleh main game tak kat model nie?,,hmm.

Dial

7. Nokia Morph
Model nie menggunakan teknologi nano yang membolehkan ia membentuk mengikut kehendak pengguna. Model nie menggunakan skrin transparent.

Nokia Morph

8. Natural Year Phone
Model nie lagi dahsyat. Lepas dua tahun korang pakai, dia akan mereput. Dengan berbekalkan daun-daun sebagai body, model nie kompem murah. So, kalo model terjatuh kat hutan, memang susah nak jumpa la. Silap-silap orang buat bakar untuk fire camp. Hahaha.

Natural Year Phone

9. Pebble
Model rekaan Fujitsu nie bertemakan kaca. Model  nie cantik tapi tak tahu la berat ke tidak. Sekali tengok macam sabun, dua kali tengok macam tempat habu rokok. Hahaha.

Pebble

10. Mobile Script
Hanphone nie nampak macam biasa je tapi sebenarnya tersimpan screen bersaiz 13x 28 cm di dalamnya. Kelemahan dia adalah saiz dia sendiri. Dengan panjang 13cm, mudah ke dibawa ke mana-mana? Model nie memang smart, stylish and menarik tetapi pengguna model nie kena tanggung dua risiko bila nak jawab call. Sama ada orang kagum dengan kecanggihan atau orang gelak kerana saiznya. Hahaha.

Mobile Script

Haaaa,, menarik kan? tapi jangan berangan la nak pakai handphone nie dalam masa terdekat. Entah bila nak keluar design nie. Apa-apa pun aku nak ucapkan thank you very much to all my follower yang sudi ikut blog nie. Hope korang dapat share any information yang berguna dengan K.A.B,,,,(^^,)
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar